Followers

Friday, April 20, 2012

Bahaya Fitnah..Hati-hatilah Dengan Kata-Kata Kita..


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).

Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.
Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar.
Bahaya fitnah melibatkan ramai orang..orang yg difitnah paling dikasihani sebab dengan sedikit kata-kata fitnah boleh merosakkan hidupnya dlm jangkamasa yg lama, org tetap akan igt pada fitnah yg dilemparkan kpdnya walaupun setelah diberikan kemaafan kpd si pengfitnah..ibarat mengoyakkan bantal kekabu, kemudian cuba masukkan balik kekabu tu semula ke dalam bantal..pasti tidak akan dapat memasukkan semua kekabu tu..sedikit sebanyak masih ada kekabu yg berterbangan di udara..wallahualam..
Jadikan dirimu cahaya (nur) yang boleh menyinari hidup orang lain..
Jangan jadikan dirimu bagai sang anai-anai yg menjadi pemusnah hari demi hari..
Jadikan dirimu cahaya (nur) yang sentiasa memberi ketenangan mata hati & jiwa kpd org lain..
Jangan jadikan dirimu bagai sang anai-anai yg dalam diam berusaha memusnahkan..

*Sentiasalah berusaha menjadi yg terbaik..buat diri sendiri & org lain juga..Moga sentiasa dlm redha Allah...InsyaAllah...:)



Biar sejuta orang cuba menuding jari & melemparkan kata-kata fitnah kepadamu,
Biar sekuat mana puting beliung cuba mengejarmu,
Biar sepanas mana limpahan larva gunung berapi cuba menyerangmu,
Biar sekuat mana dentuman guruh cuba merosakkan gegendang telingamu,
Dan Biarlah sepantas mana pun panahan kilat cuba memanah keselamatan dirimu..

HANYA percaya kepada Yang Maha Esa..sekiranya DIA tidak mengizinkan sesuatu itu terjadi maka istiqamahlah dalam membuat kebaikan..

Utamakan pandangan Allah SWT dahulu, kemudian barulah fikir pandangan manusia..Amin Ya Rabbalalamin..♥♥♥

*Buat diri ini & kwn2 yg disayangi jua..:)

Jumpa lagi..InsyaAllah..^^

No comments:

Post a Comment