Followers

Wednesday, February 29, 2012

Istiqamahlah Berdoa..InsyaAllah..(^_^)




Assalammualaikum semua....;)

Dah beberape hari tak update blog...agak bz sedikit dok tgh ajar Afiq free diapers..hari ni hari yg ke3..berdoa agar cepat pandai ye anak ummi..InsyaAllah..^^

Sekadar ingin berkongsi beberapa doa / ayat2 Al Quran yg sgt bagus utk kita amalkan seharian..:)

1) Info dari : Ustazah Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini bagus diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara - (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

2)Info dari : Ustazah Siti Rafazlina Binti Abdul Rahman

Ayat 31 - Surah Al Imran

(31) Katakanlah : Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, nescaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.

Caranya :

Baca Al Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x, kemudian baca ayat 31 Al Imran ini 7x..sambil2 baca tu ingat & bayangkan wajah pasangan kita serta memohon agar hatinya sentiasa pada kita & family..InsyaAllah..^^

"DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN"

(^_^)



Sunday, February 26, 2012

Tropical Herbs Formulation For Women Memang SUPERB ^^




Assalammualaikum kwn2...;)

Kecantikan wanita sgt subjektif..betul tak? Sihat, bertenaga, aktif, ceria, positif, kreatif juga adalah salah satu aspek kecantikan dalam diri wanita itu sendiri..tak kiralah sama ada belum berkahwin ataupun sudah berkahwin...^^

Yang pasti bila dah berkahwin, kecantikan wanita itu lebih terserlah lagi2 bila sudah mempunyai pengalaman hamil & melahirkan si kecil...;)

Juzz nk share dgn kwn2..selepas shj bersalin 1st baby, sy dah mula makan supplement/jamu utk wanita bersalin..bila dh habis pantang pula..sy ada juga makan jamu tp xberapa nk disiplin sehinggalah bersalin kali kedua..puas cari jamu yg sesuai dgn diri sy..pernah mkn 1 jamu ni, mcm x berapa nk sesuai..panas sokmo hehe..

TETAPI.......

Pabila diperkenalkan oleh seorang kawan tentang Formulasi Utk Wanita Tropical Herbs..






SEGALANYA SUDAH BERUBAH..WINK WINK..(^_^)


Masalah keputihan dah berkurangan & TERUS HILANG..hampir 2 bulan guna..start makan 9 Januari 2012 lepas..^^ Badan rasa ringan ja, senang nk ke toilet dah..sengal2 badan pun dah mula berkurang..;)

Kapsul dia juga bantu menguatkan otot vagina, otot rahim/peranakan..elak sembelit, memudahkan sistem perkumuhan..beri tenaga selepas bersalin & pantang, bagi ibu2 yg sedang breastfeeding, akan memperbanyakkan susu badan..baby pun kenyang..^^

JANGAN RISAU...formulasi ni tak panas..juzz lebihkan minum air masak..pasti akan balance..InsyaAllah..;)

Jom kita check apa lagi kehebatannya..:


Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs - 60 kapsul

Nyalakan Semula Api Asmara

Memperkenalkan alternatif semula jadi untuk mengeratkan perhubungan anda.

Gaya hidup sihat terbina daripada pemakanan yang baik, sikap mental yang positif, senaman dan perhubungan yang sihat. Walau bagaimanapun, tekanan, keletihan dan pelbagai masalah kesihatan boleh mengurangkan tahap tenaga dan menjejaskan mood anda.

Dapatkan semula keyakinan anda dengan Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs. Herba-herba dalam formulasi ini telah dipilih dengan teliti untuk membantu menggalakkan kesejahteraan keseluruhan dan meningkatkan tenaga dan vitaliti. Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs bertindak secara sinergi untuk menyemarakkan semula perhubungan anda.

Bagaimana herba membantu mengeratkan perhubungan yang harmoni antara lelaki dan wanita?

Herba selalunya boleh membantu dengan memulakan perubahan dalam keseimbangan bahan kimia tubuh anda, seperti meningkatkan pengeluaran testosteron tubuh anda, hormon ‘lelaki’ yang berfungsi dalam lelaki dan wanita. Disebabkan kesan yang positif ini, kebanyakan herba ini adalah lebih berkesan apabila diambil secara konsisten sepanjang suatu tempoh masa, membantu anda menjalani kehidupan yang lebih ghairah dan lebih banyak tenaga.

Agar bertenaga membangkitkan keghairahan.

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs mengandungi ekstrak-ekstrak Pegaga, Shataveri, Senduduk dan Kunyit yang telah diguna secara tradisional untuk menangani isu kesihatan wanita, meningkatkan tenaga dan rasa sejahtera. Ditambah dengan Manjakani, Buah Pinang dan Kayu Serapat untuk faedah pemakanan tambahan.

* CARA MAKAN : Ambil 2 kapsul sehari selepas makan..disiplin amalkan setiap hari, belum sampai sebulan anda pasti akan nampak perbezaannya..InsyaAllah..(^_^)

Jika bukan kita sendiri nk jaga kesihatan diri kita, siapa lagi kan...^^

*Interested..leh order ngn sy k..012-6953202 (Ummu Najah)..;)

Friday, February 24, 2012

AFIQ Is 3..Alhamdulillah..^^








Assalammualaikum semua...;)

Hari ini 24 Februari 2012, Jumaat...genaplah usia Afiq 3 tahun...ermmm dah besar dah anak ummi ni ye..^^

Mengimbau kembali di saat ini, pada pukul 5.01 pagi, afiq telah selamat dilahirkan secara normal..syukur Alhamdulillah...lega....setelah bertarung dlm kesakitan selama 5 minit....mcm x percaya je kan kan kan..sekejap sgt..;)

Papa pun x sempat nk tgk afiq bersalin sbb cepat sgt afiq keluar hehe...(sbb time tu papa nk parking kete, nurse dh bwk ummi naik LR pakai wheel chair) mudah sgt..Alhamdulillah..:)

Ummi, Papa & Aiman sgt2 menyayangi Afiq..doa Ummi agar Afiq menjadi seorang anak yg soleh satu hari nt InsyaAllah....cemerlang di dunia & sejahtera di akhirat..semoga dipermudahkan-Nya...Amin Ya Allah...

Sewaktu entry ni ditulis, ummi x dpt nk smbg tido balik pas papa bertolak keluar nk outstation..sbb tu dok berceloteh kat sini hehe..peace..^^

Papa outstation ke Limbang, Sarawak hari ni sampai esok..so seawal 4.30pg dh gerak keluar ke LCCT..naik belon ni ke Miri...;)






Then, sampai kat Miri, naik belon ni pulak utk ke Limbang...^^







Esok papa balik la..moga selamat pergi, selamat kembali & diberkati..InsyaAllah..

SEKIAN..^^



Thursday, February 23, 2012

CuTe Sgt.."I'M OLD ENOUGH" lalala..;)



Assalammualaikum semua...;)

Maju ke hadapan pabila nilai moral & ilmu bergerak seiring.....(^_^)

1 program yg sgt bagus..mmg sgt bagus bila dapat mendidik kanak2 berdikari dari kecil..ini di Jepun, boleh ke sekiranya dipraktikkan di Malaysia..?

Sgt berani & tabah dua orang budak comel ini..comel sesangat tau..^^ Depa x tau ramai yg follow ( jaga keselamatan/cameraman) depa ni..waaa sgt cute..smpi menangis tgk..sob sob...

B4 nk tgk VC sila stop dulu music player kat dlm blog ni nt double pula hehe..

Jom kita lihat same-same....^^ ENJOY....;)





Tuesday, February 21, 2012

Fungsi Herba-herba Set Bersalin Tropical Herbs & Bengkungnya ^^





 
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs (^_^)

UNTUK KEGUNAAN LUARAN
Bengkung Lepas Bersalin Tropical Herbs : FREE 1
Bengkung Lepas Bersalin ini apabila diguna dengan Campuran Peramping Perut Tropical Herbs
akan meningkatkan tindakan herba ini:
• Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen.
• Memejalkan kulit yang teregang di bahagian dada, dan
• Mendapatkan semula bentuk badan anda.

Minyak Bayi: 60 ml
Melegakan angin dan kembung
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang

Minyak Urut Herba : 60 ml
Dirumus khas untuk ibu-ibu semasa berpantang bagi melegakan & menenangkan.

Campuran Penenang (pilis): 15 paket x 3g
Menenang dan menyamankan dahi
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Campuran Penghangat Badan (param): 15 paket x 15g
Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Campuran Peramping Perut: 20 paket x 15g
Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Herbal Mandian : 20 uncang x 10g
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Herba Pembersih Wanita: 20 uncang x 10g
Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

UNTUK DIMINUM/DIMAKAN
Kapsul Lepas Bersalin 1: 60 kapsul x 300mg
Memulih tenaga dan menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Kapsul Lepas Bersalin 2: 80 kapsul x 300mg
Membantu ibu baru mendapatkan semula susuk badannya.
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Teh Herba: 10 uncang x 2g
Membersihkan sistem.
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan
penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya
di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

* Enjoy Reading ya..^^ anything juzz contact me : Ummu Najah @ Facebook /012-6953202..;)


Set Bersalin Tropical Herbs Yang Superb (^_^)

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs (10 herba + FREE 1 bengkung)

# Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.

# Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin.

Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.


# Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

UNTUK DIMINUM/DIMAKAN:


Teh Herba - 10 uncang
KAPSUL Lepas Bersalin 1 - 60 kapsul

KAPSUL Lepas Bersalin 2 - 80 kapsul


UNTUK KEGUNAAN LUARAN:


Herba Pembersih Wanita - 20 uncang

Herba Mandian - 20 uncang

Minyak Urut Herba - 1 botol 60 ml

Minyak Bayi - 1 botol 60 ml

Campuran Peramping Perut - 20 paket

Campuran Penghangat Badan - 15 paket

Campuran Penenang - 15 paket


CIRI-CIRI & FAEDAH:


Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

* Keberkesanan Terbukti. Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

* Herba-herba yang distandardkan. Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.

* Pengilang herba bertauliah. Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)

INFO PENTING : Sangat sesuai bagi ibu-ibu yg breastfeeding baby, herba yg digunakan tidak panas, elak sembelit, juga membantu menurunkan tahap kekuningan bg bayi yg mengalami demam kuning..serta membantu menurunkan berat badan ibu-ibu..SUDAH TERBUKTI KEBERKESANANNYA..^^

Harga : RM293.00(set bersalin) + RM10(postage) = RM303 only..:)

SEMESTINYA HALAL..disahkan oleh JAKIM^^

Monday, February 20, 2012

Take Care My Love..;)

Assalammualaikum.................................:)


Wahhhhh...pagi ni aiman bangun tido cool je..selalunye if papa pi keje x kejutkan dia dulu mmg nanges sedu sedan gitu uhukkk....sbb malam td ummi dah pesan ngn aiman & afiq, pagi esok papa nk keje jauh so salam & peluk cium papa cepat b4 sleep...:)

4.30 pg papa dah kuar rumah.....

kali ni we all x ikut lah papa pi outstation coz papa naik belon neh....hehe...^^ if nek kete mebi boleh la follow mcm biasa kan kan kan peace...:)








Alaaaa...mlm esok papa balik la..pi 2 hari 1 malam je....;)

ok lahhhh...take care my love..babai....muahhhhh..:)


Sunday, February 19, 2012

Request From My Dear Hubby (^_^)

Assalammualaikum...;)


Hari Ahad adalah hari utk bersantai bersama family tersayang kan kan kan..:) semua org sygkan family..sy tahu tu hehe..(^_^)


Oklah hari ni my dear hubby request nk mkn ayam goreng kunyit...simple je menu ni..tp menu ni mmg salah satu dr peberet dia..so sy masak la ketung ketang kat dapur hikhik...b4 tu baca doa pada Allah dulu...:)







Yeayyyy dah siap masak lauk ayam goreng kunyit + letak cili api sikit bg pedas..alaaa 4 batang je cili..so aiman & afiq leh mamam gak..x pedas pon ehehehe.....


then...nk masak sayur lak...goreng kobis aje..:)

Taraaaaaaaaaaa..!!!!;)

Berselera betul en abang makan hari ni..suke la tu dpt makan lauk peberet die hehehe....:)

Makan jgn x makan syg..nt esok & lusa x dpt nk mkn menu ayg masak kan..so hari ni mkn kenyang2...lalalala...^^





~ Filing Time ~ ^^




Assalammualaikum semua...;)

ermm agak bz sikit (18 Februari 2012)..so x sempat nk post sori kwn2...now dh masuk 19 Februari lorrr....Alhamdulillah masih lg bernafas..;)

bila dah start wt biznes ni,,rutin harian dah byk berubah even bukan 100%....siang jadi malam, malam jadi siang..kdg2 siang memanjang & malam memanjang hehe..fhm x peribahasa ni...(fikir sendiri hikhikhik)

dh nk hampir 3 bulan join new biznes ni..hari ni baru ada masa nk FILING haha...bz je najah ni yer uhukkkk...mmg agak bz pun tau..biznes mommy mmg confirm akan bz punyer..bila ada free time mcmni sempat lah nk filing segala dokumen penting urusniaga ni..;)

bukan nk kata filing ni x penting.. tp bila byk dpt order, mmg x sempat nk filing segala neh..dok simpan + perap + buat pekasam dlm beg keja...hahaha...bila lapang sikit neh kene refresh la..kan kan kan..:)




Yahoooooo!!!! dah siap filing..lega je hati ini chewaaahhh..terurus sudah..so boleh wt keja dgn aman damai..InsyaAllah..(^_^)

Friday, February 17, 2012

Pokok Penawar Kanser..InsyaAllah..(^_^)


Pernah tak kwn-kwn dengar pasal daun kanser? hehe..mcm pelik kan? 1st time sy dgr psl daun kanser ni waktu belajar kat U dulu..arwah makngah sebelah rumah kat kampung nun yg tanam pokok daun kanser ni..arwah mmg sll suruh sy & adik beradik lain makan daun ni..katanya cara utk mengelakkan kene sakit kanser..

Daunnya agak lembut & bila makan rs ade lendir2 pahit..tp mmg sedap je rasenye..hehe..mebi sy ni suke mkn ulam2..so bile kene suruh mkn daun kanser ni,,kelat ke ape ke..mamam je..:)kite berusaha kan..Allah yg mengatur segalanya..siape yg nk kene sakit yg sangat digeruni oleh sume org ni kan..?huhu..:(

Bile dah lame kahwin ni..rs lame betul x makan daun kanser ni..tetibe sy teringat yg maklang di kepong ade tanam pokok ni gak..so ade 1 hari tu, sy & family ziarah keluarga paklang so skali minta benih pokok kanser tu..tp maklang ckp,, "xpyh amik benih..amik je yg dah siap dlm pasu tu haa.." .wahhh murah rezeki betul..comel je pokok tu dlm pasu kecil..:)thanks maklang + paklang..:)

Lame gak la sy menjaga pokok ni smpai besar dah..mule2 mmg amalkan makan daun die tiap2 hari..pastu bile bz asik terlupe je nk mkn huhu..:(

Nak dijadikan cerita..bile ke mane2 yg tujuan bermusafir,,pokok tu terpaksa ditinggalkan tanpa siraman..sedih je..bile balik semule ke rumah,,dah kuning daun tu..kesiannye,,haus + lapar xdpt makan..cepat2 sy siram ngn air..berliter2 gak sy siram..mcm dh nk mati nmpknye..

Alhamdulillah..pagi esoknye,,pokok tu kembali tegak di samping daun2nya yg menghijau..syukur nikmatullah..:) ermm..rupe2nye mmg sll jadi camni..sy je yg x perasan sume tu..huhu..walaupun dah hmpir mati..bila disiram kembali..ia boleh bangkit hidup semula mencari cahaya mentari..mebi akarnya masih baik kan..? sbb tulah ia mampu bangkit kembali...:)

Bila dah pindah umah baru, dah x tanam dlm pasu..en.asben tlg cangkul tanah kat dpn uma utk tanam pokok ni..cuaca agak panas kat sini,,pastu dh jarang siram..sume daun mati..tp now tgk dah muncul daun baru tp kecil lg..Alhamdulillah..takjub dgn kuasa Allah..:)

Indahnya kurniaan Allah..ajaibnya kuasa Allah..Subhanallah..:)

Alkisahnya...walaupun dah jatuh..sekiranya sentiasa dirawat..diberi kasih & sayang insyaAllah boleh bangkit semula.. jihad fi sabilillah..ape2 jua bermula dari hati..sekiranya hati itu yg inginkan kebaikan,,insyaAllah semuenya akn menjadi lebih baik & tenang..InsyaAllah..(^_^)

Ingatlah Allah sentiasa memberi peluang..Amin Ya Allah..:)

Chaiyokkkkk Najah..peace..;)


Assalammualaikum semua....mood ceria di pagi Jumaat nan indah..sedang bersemangat utk make up blog....usaha tangga kejayaan..FOCUS!!!! (^_^)

Ermm... agak fenin jugak nk make up blog ni ek..selalu make up muka tau la ehehe..dah ada blog ni kena la touch up bagi nice & happening..x gitu?...;) nt baru la semangat nk tgk blog sndri hari2 haha..tp apa yg kwn2 tgk kat blog sy ni..inilah sy..baru je nk belajar wt blog ni..even org lain dah expert segala dlm blog bagai ni....;)

Best gak ade blog ni..mcm2 perkara boleh share..share utk kebaikan..InsyaAllah..;)

Itulah alkisahnye..pagi-pagi dah bersemangat kan..peace..(^_^)