Followers

Tuesday, February 21, 2012

Fungsi Herba-herba Set Bersalin Tropical Herbs & Bengkungnya ^^





 
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs (^_^)

UNTUK KEGUNAAN LUARAN
Bengkung Lepas Bersalin Tropical Herbs : FREE 1
Bengkung Lepas Bersalin ini apabila diguna dengan Campuran Peramping Perut Tropical Herbs
akan meningkatkan tindakan herba ini:
• Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen.
• Memejalkan kulit yang teregang di bahagian dada, dan
• Mendapatkan semula bentuk badan anda.

Minyak Bayi: 60 ml
Melegakan angin dan kembung
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang

Minyak Urut Herba : 60 ml
Dirumus khas untuk ibu-ibu semasa berpantang bagi melegakan & menenangkan.

Campuran Penenang (pilis): 15 paket x 3g
Menenang dan menyamankan dahi
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Campuran Penghangat Badan (param): 15 paket x 15g
Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Campuran Peramping Perut: 20 paket x 15g
Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Herbal Mandian : 20 uncang x 10g
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Herba Pembersih Wanita: 20 uncang x 10g
Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

UNTUK DIMINUM/DIMAKAN
Kapsul Lepas Bersalin 1: 60 kapsul x 300mg
Memulih tenaga dan menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Kapsul Lepas Bersalin 2: 80 kapsul x 300mg
Membantu ibu baru mendapatkan semula susuk badannya.
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Teh Herba: 10 uncang x 2g
Membersihkan sistem.
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan
penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya
di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

* Enjoy Reading ya..^^ anything juzz contact me : Ummu Najah @ Facebook /012-6953202..;)


No comments:

Post a Comment